TARIKH BERKUATKUASA: 22 SEPTEMBER 2021 (JHEAINS)
DIBENARKAN beroperasi untuk masyarakat awam berdasarkan
kapasiti ruang solat yang telah ditentukan dengan penjarakan.
• Jemaah yang hadir HENDAKLAH melepasi tempoh 14 hari
setelah menerima 2 dos suntikan vaksin, termasuk Pegawai
dan Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau Jumaat serta Petugas
Keselamatan/Sukarelawan.
• Jemaah yang DIBENARKAN:
- Lelaki dan Wanita,
- Berumur 18 tahun dan ke atas,
- Warganegara dan Penduduk Tetap (PR), dan
- Sihat tubuh badan serta tiada gejala seperti demam, batuk,
selsema atau sebagainya.
• Ahli kariah yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat, WAJIB
menggantikannya dengan solat Zohor di rumah masing-masing
Jemaah DINASIHATKAN supaya mengelak 3S
- Sempit
- Sesak
- Sembang dekat
Sebaliknya DISARAN mengamalkan 3W
- Wash (Kerap mencuci tangan)
- Wear (Memakai pelitup muka)
- Warn (Peka dengan amaran)
• Imam DIGALAKKAN membaca ayat/surah yang pendek ketika
solat.
• Membuka tingkap, pintu dan kipas angin bagi membantu aliran
udara yang baik.
• Masjid/surau Jumaat DIGALAKKAN supaya melaksanakan solat
hajat bagi tujuan mengangkat wabak Covid-19 yang menimpa
negara.