Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan itu akan mula dikuat kuasa pada 24 September ini.